AYAM TANDOORI

 Assalamualaikum dan selamat malam.
Apa khabar semua, sihat tak.
Aleya mendoakan , uolllzzz semua di dalam rahmat Allah
dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Harini, Aleya na share resipi ayam tandoori yang menjadi kegemaran
mama,abah dan nenek Aleya hinggaan repeat berkali-kali
minggu ni, rasanya menu ni ni yang aleya untuk mereka semua.

Hinggakan, dah boleh jual resipi ni,hihihi.
Aleya dah modified dari resipi asal,
itulah science & art dalam masakan.
Percaya tak, kalau aleya cakap camtu.

Resipi ni boleh dibakar dan digoreng
dan aleya dan try untuk kedua-dua versi,
dua sedappp, marvelllouslaa rugi kalau tak cuba.

Untuk versi goreng, tambahkan cili kisar, kunyit serbuk
dan garam serta rempah tandoori digaul hingga rata.
dan lumurkan pada ayam dan perapkan seejap dan goreng
seperti biasa.

Resipi ni,sangat simple dan bahan-bahan sangat mudah
diperolehi.Nah, Aleya bagi resipi ni untuk kesayangan
Aleya semua.

Selamat Mencuba Semua.

AYAM TANDOORI

1      Sudu Besar Serbuk Cili
1      Sudu Besar Serbuk Kunyit
1/2   Sudu Besar Serbuk Lada Sulah
1      Sudu Besar Ketumbar
3     Biji Bawang Besar(saiz sederhana)
1     Labu Bawang Putih (saiz sederhana)
2     Hirisan Halia
2     Sudu Kecil Garam
1     Sudu Besar Sos Tiram
1/2  Biji lemon(aleya guna saiz besar, klu sederhana sebiji)
1     Sudu Besar Marjerin
1     Ikat Daun Ketumbar

 1     Cawan Susu dan dicampur dengan 1/2 biji limau nipis besar untuk hasilkan tairu atau
guna yogurt asli yang siap
Sedikit Pewarna Merah(aleya tak letak)

CARA MEMBUAT

1.Masukkan semua bahan ke dalam blender.

tairu atau fresh yogurt
bawang putih dan hirisan halia
sos tiram
serbuk ketumbar
garam
 jus lemon
lada sulah
serbuk cili
bawang besar
serbuk kunyit
daun ketumbar
2.Blend hingga hancur

hasil selepas blend

3.Lumurkan rempah pada ayam hinggar rata dan sekata

4.Perap selama 5jam atau semalaman

gambar ni sebelum bersauna
5.Bakar pada suhu 180C selama 50 minit atau nak goreng pon boleh.

dah siap bakar, bismillah





Comments

Popular posts from this blog

Churros

Chicken Teriyaki Wrap

SOS PENCICAH THAI